Rabu, 3 Februari 2016

RAHSIA ALAM LANGIT



  Assalamualaikum para pembaca sekelian,

   Alam Langit,iaitu suatu alam yang tiada penghujungnya  dan juga

    tiada ada pangkalnya, ketinggianya, keluasanya, tiada siapa dapat

    mengetahuinya,menjawabnya, mentafsirnya kecuali hanya Allah

    yang maha mengetahuinya.


   Mari kita  bersama-sama mengangkat kepala dan mendongak keatas

    melihat dengan mata kepala sendiri akan  ketakjuban   keluasan alam langit yang terbentang

   seluas langit dan bumi,yang mana disana ada matahari yang merupakan satu kemegahan

   yang agung menyinari alam pada masa siang hari.


   Manakala dimalam hari  akan kelihatan pula bulan dan berjuta-juta bintang yang memagari

    bulan.yang kelihatanya begitu lembut dan lunak yang memberi sinaran cahaya malam

    untuk penduduk bumi menikmatinya dari kegelapan alam. begitu juga kelihatan bintang

    bintang yang berkilau milau banyaknya yang tidak terhitung bertebaran diangkasa

    raya yang teramat luas ini.


     Ada yang besar dan ada yang kecil, jauh dan dekat mengerlip bergemerlapan dan

     sudah tentu menjadi perhiasan diangkasa dan alam semesta ini. kelihatannya

     kedudukan matahari,bulan dan bintang begitu teratur tersusun rapi, beredar menurut

    masa dan ketika tidak berlangar antara satu sama lain tidak bergesel atau dulu mendahului.

    Demikianlah buat seketika akan coretan saya minggu ini dan akan kembali bersambung

     dilain keluaran pula.Amin ya rabbal alamin.
   


 
 





         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan