Khamis, 18 Februari 2016

Rahsia Khazanah Alam



Assalamualaikum,bertemu kembali dan bersambung akan tajuk minggu lepas,

Disana ada awan yang sentiasa berkisar diantara langit dan bumi sebagai

penapis kepada hawa matahari yang hangat dan takungan besar yang 

mencurah air daripadanya, membasahi bumi, menghidupkan tumbun-

tumbuhan, haiwan dan juga manusia.


Disana ada angin dan udara berhembus dari utara keselatan, dari barat 

ketimur berulang-alik memenuhi segenap lapangan. udara itu ada yang 

cepat berlari dan ada yang perlahan-lahan, ada yang sejuk nyaman  dan 

yang hangat berbahang.


Udara adalah menjadi syarat yang pertama bagi maklhuk hidup di bumi

allah. 

Bagi alam bumi,mari kita lihat alam bumi penuh dengan pelbagai-bagai

anika fiona tumbuh-tumbuhan yang menghijau, menguning, merah muda,

merah tua terbentang luas sejauh mata sayup memandang, ada yang tinggi,

ada yang rendah, besar dan kecil, ada yang lurus dan ada yang bercabang,


menegak megah, mencengkam teguh dan kukuh, memiliki anika pelbagai 

khasiat kegunaanya, ada yang menjadi sebagai ubat penawar berkhasiat dan ada menjadi 

racun yang berbisa. ada yang boleh dijadikan benteng pendinding diri,mengaut

kekayaan dan pelbagai anika serbagunanya untuk seluruh kebaikan penghuni dibumi.


Ada pokok yang buahnya lazat serta sedap di makan dan ada pula yang buahnya tidak

boleh dirasa dan dimakan, ada yang pokoknya boleh diolah menjadi taman kehijauan

sedap mata memandang, ketenangan jiwa dan pelindung keteduhan dari hawa kepanasan.

Saya akan bersambung kembali coretan dilain keluaran minggu seterusnya. sekian.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan