Khamis, 3 Mac 2016

Assalamualaikum, bertemu kembali kepada anda sekelian diminggu ini.

Untuk coretan seterusnya, mari kita melihat pula alam binatang yang

hidupnya melata keseluruh ceruk rantau diatas muka bumi ini, ada

yang liar, ada yang jinak, ada yang berbisa, ada yang berpenawar,

ada yang boleh dimakan, ada yang tidak boleh dimakan dan segalanya


berkembang biak,mengikut specis masing-masing dan hidup terpelihara

menurut tabiat serta tingkah laku masing-masing.Ada yang boleh dipelihara untuk keperluan

manusia, ada yang tidak boleh dipelihara (liar) dan merbahaya untuk manusia, namun 

tetap berguna bagi manusia pada keseluruhanya.


Sekarang mari kita merujuk pula dialam manusia sendiri,iaitu satu makhluk dicipta khas

oleh allah untuk menjadi khalifah dibumi ini, pada dirinya ada segala sesuatu yang ada 

pada alam, dari anggota yang kasar kepada anggota yang halus, segala-galanya untuk

kebahagiaan hidup manusia didunia yang fana ini.


Jadi kerana inilah maka kita patut mengucapkan berbanyak-banyak ungkapan tasbih dengan 

memuji kepada allah akan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri manusia itu sendiri,

serta dengan gerak hati dan sedar atas kejadian dan kekuasaanya. sekian wassalam,

bertemu kembali dilain keluaran minggu hadapan pula.

                


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan