Rahsia Khazanah Alam
Jumaat, 11 Mac 2016
Khamis, 3 Mac 2016
Assalamualaikum, bertemu kembali kepada anda sekelian diminggu ini.
Untuk coretan seterusnya, mari kita melihat pula alam binatang yang
hidupnya melata keseluruh ceruk rantau diatas muka bumi ini, ada
yang liar, ada yang jinak, ada yang berbisa, ada yang berpenawar,
ada yang boleh dimakan, ada yang tidak boleh dimakan dan segalanya
berkembang biak,mengikut specis masing-masing dan hidup terpelihara
menurut tabiat serta tingkah laku masing-masing.Ada yang boleh dipelihara untuk keperluan
manusia, ada yang tidak boleh dipelihara (liar) dan merbahaya untuk manusia, namun
tetap berguna bagi manusia pada keseluruhanya.
Sekarang mari kita merujuk pula dialam manusia sendiri,iaitu satu makhluk dicipta khas
oleh allah untuk menjadi khalifah dibumi ini, pada dirinya ada segala sesuatu yang ada
pada alam, dari anggota yang kasar kepada anggota yang halus, segala-galanya untuk
kebahagiaan hidup manusia didunia yang fana ini.
Jadi kerana inilah maka kita patut mengucapkan berbanyak-banyak ungkapan tasbih dengan
memuji kepada allah akan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri manusia itu sendiri,
serta dengan gerak hati dan sedar atas kejadian dan kekuasaanya. sekian wassalam,
bertemu kembali dilain keluaran minggu hadapan pula.

Khamis, 18 Februari 2016
Rahsia Khazanah Alam
Assalamualaikum,bertemu kembali dan bersambung akan tajuk minggu lepas,
Disana ada awan yang sentiasa berkisar diantara langit dan bumi sebagai
penapis kepada hawa matahari yang hangat dan takungan besar yang
mencurah air daripadanya, membasahi bumi, menghidupkan tumbun-
tumbuhan, haiwan dan juga manusia.
Disana ada angin dan udara berhembus dari utara keselatan, dari barat
ketimur berulang-alik memenuhi segenap lapangan. udara itu ada yang
cepat berlari dan ada yang perlahan-lahan, ada yang sejuk nyaman dan
yang hangat berbahang.
Udara adalah menjadi syarat yang pertama bagi maklhuk hidup di bumi
allah.
Bagi alam bumi,mari kita lihat alam bumi penuh dengan pelbagai-bagai
anika fiona tumbuh-tumbuhan yang menghijau, menguning, merah muda,
merah tua terbentang luas sejauh mata sayup memandang, ada yang tinggi,
ada yang rendah, besar dan kecil, ada yang lurus dan ada yang bercabang,
menegak megah, mencengkam teguh dan kukuh, memiliki anika pelbagai
khasiat kegunaanya, ada yang menjadi sebagai ubat penawar berkhasiat dan ada menjadi
racun yang berbisa. ada yang boleh dijadikan benteng pendinding diri,mengaut
kekayaan dan pelbagai anika serbagunanya untuk seluruh kebaikan penghuni dibumi.
Ada pokok yang buahnya lazat serta sedap di makan dan ada pula yang buahnya tidak
boleh dirasa dan dimakan, ada yang pokoknya boleh diolah menjadi taman kehijauan
sedap mata memandang, ketenangan jiwa dan pelindung keteduhan dari hawa kepanasan.
Saya akan bersambung kembali coretan dilain keluaran minggu seterusnya. sekian.
Rabu, 3 Februari 2016
RAHSIA ALAM LANGIT
Assalamualaikum para pembaca sekelian,
Alam Langit,iaitu suatu alam yang tiada penghujungnya dan juga
tiada ada pangkalnya, ketinggianya, keluasanya, tiada siapa dapat
mengetahuinya,menjawabnya, mentafsirnya kecuali hanya Allah
yang maha mengetahuinya.
Mari kita bersama-sama mengangkat kepala dan mendongak keatas
melihat dengan mata kepala sendiri akan ketakjuban keluasan alam langit yang terbentang
seluas langit dan bumi,yang mana disana ada matahari yang merupakan satu kemegahan
yang agung menyinari alam pada masa siang hari.
Manakala dimalam hari akan kelihatan pula bulan dan berjuta-juta bintang yang memagari
bulan.yang kelihatanya begitu lembut dan lunak yang memberi sinaran cahaya malam
untuk penduduk bumi menikmatinya dari kegelapan alam. begitu juga kelihatan bintang
bintang yang berkilau milau banyaknya yang tidak terhitung bertebaran diangkasa
raya yang teramat luas ini.
Ada yang besar dan ada yang kecil, jauh dan dekat mengerlip bergemerlapan dan
sudah tentu menjadi perhiasan diangkasa dan alam semesta ini. kelihatannya
kedudukan matahari,bulan dan bintang begitu teratur tersusun rapi, beredar menurut
masa dan ketika tidak berlangar antara satu sama lain tidak bergesel atau dulu mendahului.
Demikianlah buat seketika akan coretan saya minggu ini dan akan kembali bersambung
dilain keluaran pula.Amin ya rabbal alamin.
Selasa, 26 Januari 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Segala puji bagi allah tuhan semesta alam,selawat dan salam
bagi junjungan kita nabi agung muhammad (s.a.w) serta seluruh
keluarga dan para sahabatnya sekelian.sebenarnya akan segala Rahsia khazanah alam ini
hanya allah sahaja yang lebih mengetahui akan segala rahsia rahsianya
manakala kita sebagai hambanya hanya sedikit sahaja ilmu pengetahuan
yang kita ketahui, kesimpulannya sejauh mana pun ilmu yang kita miliki
masih tetap bergantung 100% pada Allah jua akhirnya.
Demikianlah sepatah dua kata dari saya didalam ucapan alu-aluan bersempena
akan tajuk utama didalam blok ini buat pertama kalinya. Wassalamualaikum
wa rahmatullahi wa barakatuh..
Langgan:
Ulasan (Atom)